RAMALLAH, 4 Dis 2018 — Seorang pemuda Palestin cedera parah ditembak dengan peluru hidup di bahagian kepalanya oleh tentera Zionis ketika menyertai majlis pengkebumian Musaab al-Tamimi di bandar Deir Nidham, barat Ramallah tengahari tadi.
Tentera Zionis menyekat penduduk Palestin yang berarak dari Kompleks Perubatan Palestin mengiringi jenazah Musaab menuju ke rumah keluarga beliau, dengan melepakan tembakan gas pemedih mata dan grenad pelali.
Musaab, 17, yang merupakan sepupu kepada ikon remaja perempuan Palestin Ahed al-Tamimi, meninggal dunia di Hospital Istishari semalam selepas cedera parah ditembak di belakang lehernya dari jarak dekat.
(PIC, Maan)





