BEIT LAHM, 22 Feb 2018 — Dua kanak-kanak sekolah diculik oleh tentera Zionis dari bandar al-Khader di selatan wilayah Beit Lahm.
Mohsen Da’dou’ dan Fadi al-Wahsh, kedua-duanya berumur 16 tahun, diculik di kejiranan al-Balou’ ketika berjalan pulang ke rumah mereka.
Pertempuran tercetus selepas penculikan tersebut, di mana peronda tentera Zionis mengejar kanak-kanak sekolah di sepanjang lorong-lorong perumahan dan laluan-laluan pintas.
(PIC)