BAITULMAQDIS, 8 Apr 2018 — Tentera Zionis tengahari tadi menembak seorang pemuda Palestin apabila menyangka beliau cuba membuat serangan menikam berdekatan kawasan penempatan haram Maaleh Adumim.
Menurut saksi, mangsa ditembak dan cedera ketika tiba di laluan masuk utama ke kawasan tersebut tanpa membawa sebarang peralatan mencurigakan.
Tiada maklumat lanjut tentang mangsa dan keadaan beliau.
(PIC)