Tentera Zionis serang selatan Gaza, 5 cedera

GAZA, 18 Apr 2018 — Seramai lima penduduk Gaza cedera, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, apabila tentera Zionis menyerang beberapa kawasan berdekatan sebuah sekolah di timur Khan Younis, selatan Gaza, awal pagi tadi.

Tiga mangsa cedera ditembak dengan peluru hidup manakala dua yang lain terkena kesan serangan meriam.

Beberapa buah kenderaan dan buldozer tentera Zionis menceroboh masuk ke kawasan tersebut selepas serangan untuk meratakan tanah, sambil dipantau oleh pesawat dron.

Tentera Zionis turut menembak sebuah ambulan yang cuba memindahkan mangsa ke hospital.

(PNN, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts