Hari ke-2 Rafah dibuka, hanya 20 orang berjaya masuk Gaza

GAZA, 29 Apr 2018 — Pihak berkuasa Mesir hari ini membuka pintu lintasan sempadan Rafah buat hari kedua berturut-turut, khusus untuk pergerakan kes-kes kemanusiaan di kedua-dua arah.

Seramai 656 orang telah dibenarkan keluar dari Gaza, namun hanya 20 orang berjaya memasuki wilayah Gaza yang terkepung itu. Sementara 27 yang lain tidak dibenarkan memasuki wilayah Mesir, tanpa diberikan sebarang alasan.

Jumaat lalu, Pihak Berkuasa Lintasan dan Sempadan Palestin mengumumkan bahawa Mesir akan membuka pintu sempadan di kedua-dua arah selama tiga hari sehingga Isnin.

Ribuan penduduk Palestin termasuk pesakit, pelajar dan warga asing sekian lama menunggu untuk melintas sempadan ke Mesir.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts