43 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 1 Mei 2018 — Gerombolan 43 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dengan diiring ketat oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Sejurus masuk melalui Pintu al-Maghareeba, mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu sebelum mula melakukan ritual Talmud di kawasan timur masjid.

Segerombolan lain pendatang Yahudi diiring oleh pasukan polis dan keselamatan khas Zionis menceroboh masuk selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts