Tentera Zionis culik 10 penduduk Palestin di Tebing Barat

AL-KHALIL, 3 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin dari Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Segerombolan jip tentera Zionis menceroboh masuk kem pelarian Aida di utara Beit Lahm di awal pagi, sebelum menculik Mos’ab Adam al-Baraq’a, 16. Tentera Zionis turut menyerang masuk rumah-rumah penduduk di bandar Husan di barat Beit Lahm, serta menculik pemuda Rami Mohammad Hamamra, 22.

Di samping itu, mereka turut menculik Ziad Ahmad Jibril, 40, dan Mohajed Kanel Jibril, 29, dari rumah mereka di bandar Teqoua’, timur Beit Lahm.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah penduduk di kota al-Khalil dan merampas sejumlah wang tunai. Mereka turut memecah masuk rumah-rumah di bandar Ethna di barat al-Khalil, dan menculik Marwan Hdeib.

Banyak rumah-rumah lain digeledah di al-Khalil, termasuk di bandar Kharas dan Beit Ola di barat laut al-Khalil, Bani Neim di timur al-Khalil, dan juga Kota Lama al-Khalil.

Di Ramallah pula, tentera Zionis menculik Motayyam Awad Rimawi setelah memecah masuk rumahnya.

Selain itu, Anas Abu Bakr doculik dari bandar Ya’bad di barat wilayah Jenin.

Manakala di Jenin, pemuda Yazan Nazzal diculik selepas tentera Zionis menyekat beliau di sebuah sekatan tentera berdekatan Beit Lahm, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts