3 cedera dalam serangan di Gaza

GAZA, 22 Julai 2018 — Dua penduduk Palestin cedera apabila dron tentera udara tentera Zionis melepaskan tembakan roket ke arah kumpulan pemuda di kem-kem Great March Return (GRM) di timur Jabalia, utara Gaza, malam tadi.

Serangan tersebut menyasarkan kumpulan penduduk Palestin yang menerbangkan layang-layang dan belon api ke kawasan penempatan haram Yahudi di sempadan Gaza.

Sementara itu, seorang lagi pemuda cedera ditembak oleh tentera Zionis yang berpengkalan di kawasan pagar timur kem pelarian al-Bureij, tengah Gaza.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts