BAITULMAQDIS, 27 Ogos 2018 — Kenyataan Ketua Jabatan Pemetaan di Persatuan Pengajian Arab, Khalil al-Tafakji, hari ini mendedahkan bahawa rejim Zionis telah membina 58,000 rumah untuk pendatang Yahudi di kota suci Baitulmaqdis sejak 10 tahun lalu, dan merancang untuk membina ribuan rumah baharu beberapa tahun lagi.
Menurut Khalil, rejim Zionis merancang untuk menguasai 87% daripada tanah-tanah penduduk Palestin di Baitulmaqdis, dengan menggandakan aktiviti penempatan di seluruh wilayah kota suci itu setelah Amerika mengiktirafnya sebagai ibukota negara haram Zionis.
Rejim Zionis turut mengambil strategi memperhebat skim Yahudisasi dan penempatan haram melalui Projek 2020 dan Projek 2050.
(PIC)