11 penduduk Baitulmaqdis dan pekerja Jabatan Wakaf diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 1 Okt 2018 — Polis Zionis hari ini mengharamkan 11 penduduk Baitulmaqdis, termasuk tiga pekerja Jabatan Wakaf, daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa untuk tempoh dari tiga hingga enam bulan.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas mereka diinterogasi di pusat tahanan al-Qashla. Ia bertujuan untuk memberi laluan dan menjamin keselamatan pendatang Yahudi yang menceroboh masuk melakukan ritual di atas tapak suci umat Islam itu, khususnya sepanjang musim perayaan mereka.

Mangsa-mangsa adalah tiga pekerja Jabatan Wakaf iaitu Raed Zaghir, Husam Seder, dan Mahdi al-Abbasi. Turut dikenakan hukuman adalah setiausaha pergerakan Fatah di Baitulmaqdis, Shadi Mtawwer, dan pemuda Rami al-Fakhouri, Jehad Qaws, Mahmoud Abdullatif, Jamil al-Abbasi, Hamza Zaghir, dan Mohyee Abu Asab.

Sementara aktivis wanita Asia Abu Sneineh turut diharamkan memasuki tapak suci itu selama 15 hari, selepas ditangkap di Bab al-Amud semalam. Beliau dituduh mengganggu ketenteraman awam di Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts