Remaja Baitulmaqdis meninggal dunia selepas ditembak minggu lalu

BAITULMAQDIS, 20 Nov 2018 — Remaja Abdulrahman Abu Jamal, 17, meninggal dunia tengahari tadi akibat kecederaan ditembak oleh polis Zionis di Jabal al-Mukabber, Baitulmaqdis Timur, pada 14 November minggu lalu.

Abdulrahman ditembak dengan peluru hidup di sebuah balai polis Zionis apabila dituduh melakukan serangan menikam, sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Shaare Zedek. Polis Zionis mendakwa lima anggota mereka cedera dalam serangan tersebut.

Khamis lalu, semua ahli keluarga Abu Jamal ditahan oleh polis Zionis. Mereka dibebaskan setelah pasukan polis menggeledah serta menyelongkar rumah mereka sebagai persiapan untuk merobohkannya.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts