Syarikat milik pasukan elit tentera Zionis terlibat dalam pembunuhan Khashoggi

LONDON, 20 Nov 2018 — Sebuah syarikat teknologi yang dilatih oleh pasukan elit Unit 9900 tentera penjajah Zionis terlibat dalam jurnalis Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Perisian Pegasus yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut digunakan untuk mengesan telefon pihak pembangkang Arab Saudi yang tinggal di luar negara, termasuk mereka yang rapat dengan Khashoggi.

Sebilangan besar jurutera dan usahawan dilatih oleh Unit 9900 untuk memperhebat perisian komputer dalam memproses dan menapis jutaan foto bagi tujuan perisikan. Ribuan anggota pasukan elit tentera Zionis dilantik bekerja dalam syarikat-syarikat teknologi Zionis, dengan tugas khusus dalam perisikan dan proses membuat keputusan secara otomatik. Antara produk mereka termasuklah kenderaan tanpa pemandu, teknologi dron dan sistem keselamatan.

Unit 9900, yang nama penuhnya adalah Agensi Penganalisa Lapangan, Pemetaan Tepat, Pengumpulan dan Penafsiran Visual, melahirkan jurutera-jurutera bagi masa depan industri tersebut. Unit rahsia ini telah melahirkan seramai 25,000 graduan.

Pegasus turut dijual kepada UAE, Kuwait dan Kazakhstan bagi menceroboh telefon milik pembangkang dan aktivis kemanusiaan.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts