
BAITULMAQDIS, 27 Nov 2018 — Segerombolan 46 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiring oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.
Mereka dibawa berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud di Pintu al-Rahma.
Pendatang dan pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu. Pencerobohan dilakukan dalam dua sesi, sesi pertama dari jam 7:30 pagi hingga 11:00 pagi; manakala sesi kedua selama satu jam mulai selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.
(PIC)



