
RAMALLAH, 10 Dis 2018 — Puluhan pemuda Palestin cedera apabila pertempuran tercetus di laluan masuk kota Ramallah ketika tentera Zionis membuat serbuan tengahari tadi.
Pasukan tentera Zionis memecah masuk bangunan-bangunan pejabat dan agensi berita rasmi Palestin, WAFA, sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah.
Beberapa pemuda cedera terkena tembakan peluru getah dan juga sesak nafas akibat gas, sementara seorang kanak-kanak ditahan selepas dipukul secara ganas.
Tentera Zionis turut menghalang penduduk membawa anak-anak mereka pulang dari sebuah pusat jagaan berdekatan.
Terdahulu, tentera Zionis menggempur kota Ramallah dan memecah masuk serta menggelah kedai-kedai dan institusi sebelum merampas rakaman kamera keselamatan.
(PIC)



