BAITULMAQDIS, 10 Dis 2018 — Polis Zionis hari ini membebaskan lima pemuda Palestin dengan syarat mereka dihalau dari tempat asal mereka di kota Baitulmaqdis.
Mohamed Hussein Obeid, Mohammed dan Saleh Moussa Derbas, Majed Darwish serta Yusuf al-Kiswani dibebaskan oleh pihak polis tanpa dibawa ke mahkamah. Mereka juga dilarang memasuki bandar Issawiya di timur laut Baitulmaqdis sehingga hari Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, tahanan Samer Abu Eisha
dibebaskan dengan ikat jamin, dan remaja Maj Aweis dikenakan hukuman tahanan dalam rumah selama lima hari.
Sementara tahanan ke atas remaja Aas Abu Assab, Mohammed Moheisen, Abdelkader Dari dan Ibrahim Derbas
dilanjutkan sehingga Khamis depan. Manakala kanak-kanak Wadih Tawfiq Abu Hummus
akan terus ditahan sehingga hari Rabu.
(PIC)