Remaja terbunuh, puluhan tercedera diserang tentera Zionis di Tebing Barat

RAMALLAH, 15 Dis 2018 — Seorang remaja Palestin terbunuh dan puluhan yang lain tercedera apabila tentera penjajah Zionis menyerang penduduk yang berarak mengadakan bantahan keganasan tentera di beberapa lokasi di Tebing Barat semalam.

Mahmoud Yousef Nakhla, 15, meninggal dunia setelah ditembak di bahagian perutnya dari jarak kurang 10 meter, di kem pelarian Jalazone, Ramallah.

Tentera Zionis cuba menculik Mahmoud yang tercedera, namun berjaya dirampas semula oleh paramedik Palestin dan dikejarkan ke Pusat Rawatan Palestin setelah bertengkar dengan tentera selama lebih 30 minit. Beliau meninggal dunia di Pusat Rawatan Palestin.

Manakala dalam kejadian di perkampungan al-Mughayyir di timur Ramallah, dua orang cedera ditembak dengan peluru getah dan puluhan lagi mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.

Sekurang-kurangnya tiga penduduk cedera ditembak dengan peluru getah di beberapa kawasan di Nablus. Sebilangan lagi penduduk cedera apabila pendatang Yahudi menyerang kenderaan mereka di sekatan Za’tar, selatan Nablus.

Sementara di Bil’in, tentera Zionis menyerang penduduk yang mengadakan demonstrasi mingguan hari Jumaat bagi membantah penempatan haram Yahudi. Mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata dan grenad pelali, namun tiada kecederaan dilaporkan.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts