Tentera Zionis tahan Menteri Pertanian Palestin

RAMALLAH, 30 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyekat dan menahan konvoi Menteri Pertanian Palestin, Sufian Sultan, di sebuah sekatan tentera berdekatan bandar Silwad di kota Ramallah ketika menuju ke kota al-Khalil.

Kenyataan Kementerian Pertanian menyebut bahawa tentera Zionis mengacu muncung senjata ke muka Sufian, dan mengugut untuk menembak kenderaan yang dinaikinya.

Tentera Zionis bagaimanapun kemudiannya membenarkan konvoi tersebut meneruskan perjalanan.

Sebelum ini, Sufian dan beberapa menteri serta pegawai kerajaan Palestin yang lain telah beberapa kali disekat dan ditahan di sekatan-sekatan tentera Zionis.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts