
QALQILYA, 30 Jan 2019 — Seorang remaja Palestin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera dilanggar lari oleh seorang pendatang Yahudi di bandar Fundaq di timur Qalqilya pagi tadi.
Sari Samir Fayez Barham, 20, dilangagr ketika sedang menunggang basikal di jalan utama kota Qalqilya. Remaja yang berasal dari perkampungan Kafr Qaddum itu dikejarkan ke Hospital Rawatan Pakar Arab di Nablus.
Polis Zionis lazimnya menganggap kejadian langgar oleh pendatang Yahudi hanya sebagai kemalangan jalanraya, walaupun terdapat bukti jelas ianya suatu yang disengajakan.
(PIC)



