
GURUN NAQAB, 31 Jan 2019 — Jentera berat dan jentolak tentera penjajah Zionis hari ini sekali lagi memusnahkan rumah dan khemah di perkampungan al-Araqeb di Gurun Naqab, buat kali ke-139.
Pasukan polis Zionis menyerbu al-Araqeb mengiring dan mengawal pekerja yang meroboh semua khemah dan rumah, membiarkan keluarga-keluarga mangsa dikawasan terbuka tanpa tempat berteduh.
Rejim penjajah Zionis meneruskan agenda meroboh perkampungan Badwi itu untuk menghalau penduduknya keluar meninggalkan tanah mereka. Namun setiap kali kampung mereka dirobohkan, penduduk akan membinanya semula.
Al-Araqeb pertama kali dirobohkan pada 27 Julai 2010.

(PIC)



