BAITULMAQDIS, 12 Feb 2019 — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitulmaqdis semalam memusnahkan sebahagian daripada kawasan tanah perkuburan Mamilla (Ma’man Allah) di kota Baitulmaqdis, bagi memberi laluan kepada projek penempatan haram Yahudi.
Setakat ini, sebanyak 400 tanda kubur dan batu nesan telah dimusnahkan untuk pembinaan kafe, hotel, restoran dan bangunan “Muzium Toleransi”.
Mamilla merupakan salah satu daripada tanah perkuburan Islam yang terkenal, di mana tokoh-tokoh dan ulamak dari zaman awal Islam serta beberapa sahabat Rasulullah SAW dikebumikan.
(PIC)