Tentera Zionis serbu Abu Dis, kepung Universiti al-Quds

BAITULMAQDIS, 12 Feb 2019 — Sekurang-kurangnya 17 pelajar Palestin tercedera sesak nafas dalam serangan tentera Zionis di bandar Abu Dis, tengah Baitulmaqdis, tengahari tadi.

Tentera Zionis menyerang pelajar-pelajar dan mengepung Universiti al-Quds ketika mereka sedang mengikuti sesi kuliah, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk.

Dalam serangan-serangan sebelum ini, tentera Zionis merosakkan dan merampas harta serta dokumen milik universiti.

Pada masa yang sama, tentera Zionis menahan dua pelajar, yang menuju ke sekolah al-Hashmiya di kota al-Bireh, selama lebih enam jam. Mereka dipukul ketika dalam tahanan.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts