BAITULMAQDIS, 18 Feb 2019 — Polis Zionis menutup dan mengunci semula pagar Pintu al-Rahma, selepas sekumpulan pemuda Palestin berjaya membukanya semula tengahari tadi.
Pemuda-pemuda dilaporkan telah berjaya membuang rantai yang mengunci pintu dan memasuki semula kawasan tersebut, selepas menunaikan solat Zuhur. Puluhan ahli jemaah bersolat Zuhur berdekatan kawasan Pintu al-Rahma sebagai membantah penutupan pintu tersebut.
Pertelagahan tercetus apabila polis Zionis mula menyerang para jemaah dan pelajar-pelajar Sekolah Sharia, kemudian menangkap lima pemuda dan seorang gadis Plaestin sebelum menutup pintu masjid.
Polis Zionis menangkap empat orang pemuda dan seorang gadis.
(Maan, IMEMC)