BAITULMAQDIS, 26 Feb 2019 — Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, bersama gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.
Pasukan besar polis Zionis dikerahkan ke perkarangan tapak suci umat Islam itu, mengiringi penceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba dan berarak sehingga mereka beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.
Ariel mengambil foto di kawasan dewan solat al-Rahma, yang dibuka semula pagi tadi selepas diarah tutup oleh Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, petang semalam.
Polis Zionis mengiringi pendatang dan pelancong Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dalam dua sesi setiap hari, kecuali hari Jumaat dan Sabtu.
(PIC, Maan, IMEMC, Alray, MEMO)