BAITULMAQDIS, 11 Mac 2019 — Polis penjajah Zionis hari ini menangkap seorang anggota paskan bomba Masjid al-Aqsa, dan mengharamkan seorang remaja Palestin daripada memasuki kawasan kota suci Baitulmaqdis.
Imad Adbin, seorang pekerja di Jabatan Bomba Wakaf Islam, ditangkap di Pintu Silsila di Masjid al-Aqsa.
Sementara itu remaja Nasrallah Abu Diab, 17, dibebaskan dari tahanan polis Zionis dengan syarat tidak memasuki kota suci Baitulmaqdis. Beliau ditangkap malam tadi selepas tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah keluarganya di Kota Lama Baitulmaqdis.
(Maan)