
RAMALLAH, 8 Apr 2019 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemuda Palestin, Islam Abu Hamid, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang askar Zionis tahun lalu.
Mahkamah Ofer menuduh Islam sengaja menjatuhkan kepingan marmar ke atas kepala seorang askar dari tingkat tiga rumahnya. Kejadian berlaku pada bulan Mei 2018, ketika pasukan tentera Zionis menyerbu kem pelarian Am’ari dan memecah masuk rumah-rumah penduduk.
Disember lalu, tentera Zionis merobohkan rumah keluarga Abu Hamid sebagai hukuman kolektif.
(PIC)



