120 pokok zaitun dimusnahkan oleh tentera Zionis

RAMALLAH, 5 Mei 2019 — Jentolak-jentolak tentera penjajah Zionis mencabut 120 pokok zaitun di perkampungan Lubban al-Gharbiya di barat Ramallah pagi tadi.

Sebulan lalu, pihak pentadbiran Zionis mengeluarkan notis kepada pemilik tanah, Shafiq Abu Salem, bahawa kebunnya seluas 0.3 hektar itu akan dirampas bagi pembinaan sebatang jalan khusus untuk pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Beit Aryeh yang berdekatan.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts