RAMALLAH, 12 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerahkan notis kepada pemimpin perkampungan Umm Safa di barat laut Ramallah bagi menutup sebatang jalan pertanian, yang telah dibuka semula oleh penduduk Palestin dua bulan lalu.
Pemimpin Umm Safa, Marwan Sabah, mendedahkan bahawa tentera Zionis akan menutup jalan sepanjang 2.5 kilometer itu, yang merupakan laluan petani Palestin ke kawasan kebun zaitun seluas 200 hektar.
(PIC)