KOTA BAITULMAQDIS, 24 Julai 2020 — Polis Zionis tengahari semalam menyerbu masuk dewan solat Bab al-Tahmah di timur perkarangan Masjid al-Aqsa, dan menangkap tiga alhi jemaah.
Pasukan polis penjajah dilaporkan menceroboh masuk dewan solat tersebut dengan memakai kasut, kemudian menggeledah barangan di dalamnya. Mereka kemudian menangkap Khaled al-Zir, Adham Zaitoun, and Mohammed Sandouka. Semua mangsa diheret ke pusat interogasi Zionis berdekatan Bab al-Asbat di Kota Lama.
Terdahulu, gerombolan besar polis Zionsi dikerah ke Masjid al-Aqsa bagi mengiringi puluhan pendatang Yahdui menceroboh masuk tapak suci itu.
(Palinfo)