KOTA BAITULMAQDIS, 23 Ogos 2020 — Seramai 55 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di atas tapak suci umat Islam itu pagi tadi.
Mereka diiring masuk oleh pasukan polis Zionis melalui Pintu al-Magharebah dan berarak ke kawasan timur masjid, di mana para jemaah disekat mendekati kawasan tersebut, sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsilah.
Pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dalam dua sesi setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu.
(Palinfo)