GAZA, 25 Ogos 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan perintah berkurung sepenuhnya selama 48 jam, selepas empat kes pertama Covid-19 dilaporkan di luar pusat kuarantin.
Menurut kementerian, empat sekeluarga di kem pelarian Maghazi disahkan positif Covid-19, walaupun langkah-langkah ketat telah diambil untuk menghalang jangkitan wabak tersebut.
Semua premis perniagaan, sekolah, masjid dan restoran akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh 48 jam.
(Days of Palestine)