KOTA BAITULMAQDIS, 17 Sep 2020 — Lebih 100 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi ini, selepas kumpulan-kumpulan pelampau mencabar mereka untuk menyertai pencerobohan besar-besaran sempena menyambut tahun baharu Yahudi di tapak suci umat Islam itu.
Sementara pasukan besar polis Zionis dikerah berkawal berdekatan Kubah as-Sakhra’, para penceroboh diiring masuk dalam gerombolan berbeza secara berurutan, berarak serta melakukan ritual Talmud.
(Palinfo)