Ahli keluarga tawanan Zionis Israel di Gaza meluahkan ketidakpuasan mereka dengan mengejek Benjamin Netanyahu semasa beliau bercakap di Parlimen.
Beliau juga memaklumkan masa diperlukan dan usaha dengan memberikan tekanan ketenteraan kepada HAMAS bagi membebaskan tawanan perang.
Namun ucapan ini disambut dengan KAMI TIADA MASA! Malah keluarga tawanan terus bersorak dengan SEKARANG! SEKARANG! SEKARANG!

Netanyahu terus menyatakan usaha yang sedang kami lakukan ketika ini tidak dapat diterangkan dan saya tidak boleh menceritakannya. Apa yang pasti kami akan goncangkan setiap pokok dan terbalikkan setiap batu untuk mendapat mereka yang diculik.
Kami tidak akan berjaya membebaskan lebih 100 orang yang diculik sejauh ini tanpa tekanan ketenteraan. Semua tekanan yang kami lakukan seperti politik, risikan dan usaha lain tidak akan berjaya tanpa tekanan ketenteraan.
Namun sorakan dan ejekan seperti Bagaimana jika itu ayah, anak perempuan dan saudara anda terus bergema! Netanyahu kehilangan sokongan ketika ini.
Pemimpin pembangkang, Yair Lapid memberitahu keluarga tawanan, kemenangan peperangan dan membebaskan tawanan adalah penting. Malah beliau menyatakan, Sinwar boleh dibunuh bulan depan.
Ujar Yair Lapid, kita perlu melakukan segala-galanya dan kita akan melakukan segala-galanya untuk membawa mereka pulang.
Sumber : Time Of Israel, Penulis : Kapsul Baitul Maqdis



