Akhbar Times of Israel menyatakan spekulasi kematian Sinwar tersebar kerana pemimpin itu hilang selepas serangan ganas zionis.
Wartawan Israel, Barak Ravid dalam X melaporkan pihak kerajaan tidak mempunyai maklumat mengesahkan pemimpin HAMAS itu sudah meninggal dunia. Ini hanyalah harapan dan tekaan.
Media Israel menyifatkan badan perisikan berbelah bahagi sama ketua HAMAS itu benar-benar mati atau sebaliknya.
Shinbet ketika ini menolak sebarang gosip dan percaya Sinwar kekal hidup. IOF juga tidak dapat mengesahkan dakwaan ini.
HAMAS sahaja yang boleh mengesahkan kematian Sinwar. Sebarang berita daripada entiti zionis adalah palsu.