Kerajaan Nicaragua putuskan hubungan diplomatik terhadap rejim Israel

Kerajaan Nicaragua memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap genosid kejam oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Langkah itu diambil susulan permintaan Parlimen negara Amerika Tengah yang meluluskan pengisytiharan kecaman semasa sesi khas yang diadakan pada tahun pertama konflik Gaza.

Parlimen mengecam genosid berterusan, kekejaman, kebencian melampau dan pemusnahan oleh kerajaan Israel, menurut kerajaan Nicaragua satu dalam kenyataan.

Keputusan itu adalah “solidariti kekal” dengan rakyat dan kerajaan Palestin serta mematuhi undang-undang antarabangsa dan konvensyen yang mengawal hubungan antara negara dan kerajaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts