Kapal Hospital Libya belayar sertai flotila bantuan ke Gaza

Kapal Libya, Omar al-Mukhtar pada Ahad mula belayar untuk menyertai konvoi Global Sumud Flotilla yang bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza selepas dilengkapi dengan unit rawatan rapi bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk kumpulan itu.

Jurucakap kapal berkenaan, Nabil al-Soukni, menyatakan pelayaran itu dilakukan selepas kapal berkenaan tidak dapat berlayar pada Rabu lepas disebabkan cuaca buruk.

“Kami kini bersedia sepenuhnya dengan semua peralatan dan kami menambah simpanan bekalan untuk beberapa bot kecil yang sebelum ini kekurangan bekalan kerana saiznya,” kata al-Soukni.

Beliau menambah bahawa pihaknya juga telah memperuntukkan ruang untuk para aktivis daripada beberapa bot yang dianggap tidak sesuai untuk sampai ke Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts