Eric Cantona Kutuk FIFA Dan UEFA Kerana Benarkan Israel Terus Beraksi

Legenda bola sepak, Eric Cantona yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Perancis dan Manchester United sekali lagi menyuarakan solidariti buat Palestin.

Ini bukanlah kali pertama Cantona lantang bersuara dalam isu kemanusiaan tersebut.

Kali ini dia secara terbuka mengutuk dan mengkritik badan induk bola sepak dunia dan Eropah supaya menggantung penyertaan pasukan kebangsaan Israel dan kelab-kelab Israel susulan genosid di Gaza.

Bercakap semasa acara amal Together for Palestine di London, Cantona menegaskan bukan sahaja UEFA dan FIFA perlu menggantung pasukan kebangsaan serta kelab Israel tetapi pasukan kebangsaan dan kelab seharusnya memboikot untuk bermain menentang negara haram dan kelab mereka.

“Empat hari selepas Rusia melancarkan perang di Ukraine, FIFA dan UEFA segera menggantung Rusia.

“Sekarang sudah 716 hari, di mana menurut Amnesty International apa yang mereka gelar sebagai genosid, tetapi Israel masih dibenarkan beraksi,” kata Cantona.

“Mengapa ada pilih kasih?” soal Cantona sambil ketawa sinis.

“FIFA dan UEFA mesti menggantung Israel. Kelab-kelab di seluruh dunia juga harus enggan menentang pasukan Israel, dan para pemain semasa juga mesti enggan bermain menentang pasukan Israel.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts