GAZA, 3 Julai 2014 (AlRay | IMEMC) — Jet-jet tentera udara Zionis menyerang beberapa kawasan di Gaza awal pagi tadi, mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang awam termasuk seorang wanita hamil.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf al-Qedra, dalam kenyataan beliau menyebut bahawa lima orang awam tercedera dalam serangan di kawasan ladang di Beit Lahia di utara Gaza manakala tiga lagi tercedera dalam serangan di kawasan Safina di barat laut Gaza.
Helikopter Apache tentera Zionis turut mengebom beberapa kawasan lapang.