Abbas desak Turki salur bantuan untuk Gaza melalui PA

RAMALLAH, 28 Jun 2016 (PIC) — Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengumumkan pihaknya menolak usaha Turki membawa masuk sebarang bantuan kemanusiaan ke Gaza, menghentikan sekatan atau melaksanakan projek pembangunan semula di Gaza kecuali dengan kerjasama mereka sepenuhnya.

Menteri Luar PA, Riyad al-Malki dalam kenyataan beliau semalam menyambut baik usaha pihak Turki membantu Gaza, tetapi memaklumkan bahawa Presiden Mahmoud Abbas telah membuat penegasan kepada Presiden Turki Recep Tayyi Erdogan melalui panggilan telefon supaya semua bantuan dibuat melalui kerjasama PA.

Kenyataan tersebut dibuat berikutan persetujuan Turki memulihkan hubungan dengan rejim Zionis, yang turut melibatkan kebenaran kepada Turki membawa masuk bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang disekat sejak 10 tahun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts