Abdel Raouf, 13 tahun – tahahan paling muda dalam penjara Zionis

BEIT LAHM, 29 Jan 2018 — Abdel Raouf al-Bilawi, 13, yang berasal dari kem pelarian Dheisheh di wilayah Beit Lahm telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan oleh rejim Zionis, menjadikan beliau tahanan paling muda.

Abdel Raouf disabit bersalah membaling batu – pertuduhan yang lazim dikenakan ke atas kanak-kanak Palestin oleh mahkamah tentera Zionis. Beliau ditangkap pada bulan Disember 2017, dan perbicaraan ke atas beliau ditangguhkan sebanyak tujuh kali sehinggalah dijatuhkan hukuman pada 22 Januari lalu. Abdel Raouf juga dikenakan denda sebanyak $US100.

Menurut ibunya, tentera Zionis tidak menganggap anaknya sebagai seorang kanak-kanak, bahkan dilayan seperti seorang dewasa. Abdel Raouf disoal siasat selama beberapa jam, dirantai dan diherdik sehingga beliau membuat pengakuan secara terpaksa.

Abangnya Ala al-Bilawi juga dipenjara sejak enam bulan lalu.

(ShehabAgency, EI)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts