Abdul Hamid meninggal dunia akibat cedera parah dalam operasi mengebom bas

BEIT LAHM, 20 Apr 2016 (IMEMC) — Sumber medik Zionis hari ini melaporkan bahawa pemuda Palestin Abdul Hamid Abu Srour, 19, yang tercedera parah dalam operasi mengebom bas petang Isnin lalu telah meninggal dunia.

Abdul Hamid yang dirawat di Hospital Shaare Zedek kehilangan kedua-dua belah kakinya dan melecur parah seluruh badannya telah menjalani pembedahan, namun tidak berjaya diselamatkan.

Sungguhpun pihak Zionis masih merahsiakan maklumat siasatan insiden pengeboman yang mencederakan 21 orang Yahudi itu, pergerakan Hamas mengaku bertanggung jawab dan mendakwa pemuda dari kem pelarian Aida di Beit Lahm itu sebagai salah seorang operatif mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts