Adnan Ghoul : Pencipta Senjata Raifal Anti Material

Analisa terbaru pakar ketenteraan, Jeneral Faiz al-Duweiri menyebut terdapat senjata yang menjadi igauan IOF dan penghalang utama utama IOF untuk masuk ke Khan Younis.

Nama senjata ini ialah “Ghoul, Anti Material”. Senjata ini digunakan oleh penempak tepat.

Al Ghoul adalah nama seorang tokoh al-Qassam iaitu Adnan Ghoul.

Adnan ialah tokoh utama dalam unit jurutera al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS. Beliau adalah orang kedua yang paling dikehendaki oleh Zionis Israel selepas Muhammed Deif.

Adnan Ghoul, Legasi Yahya Ayyash

Adnan menyertai HAMAS sejurus selepas penubuhannya pada tahun 1988. Peringkat awal beliau ialah pembantu kepada jurutera utama iaitu Yahya Ayyash. Beliau mengambil alih peranan Ayyash pada tahun 1996, selepas kesyahidan Yahya Ayyash.

Al-Ghoul adalah orang terawal membuat roket dan mencipta senjata raifal. Pelbagai senjata yang beliau cipta dan tinggalkan sebagai legasi.

Raifal al-Ghoul telah mula digunakan pada perang al-Asf al-Ma’Kul pada 2014. Dan dalam Tufan al-Aqsa, sekali lagi IOF dihantui senjata berimpak tinggi ini.

Senjata dengan 14.5 kaliber ini mampu pergi sehingga jarak 2km. Sudah pasti dengan jarak lebih dekat mampu berikan impak yang besar kepada kereta berperisai. Jika kena pada manusia? Hancur!

Beliau adalah manusia yang tinggal dalam persembunyian dan tidak pernah bercakap dengan media. Adnan telah syahid pada tahun 2004. Boeing AH-64 Apache telah mengebom kenderaan beliau di Jalan Jaffa, Gaza pada 21 Oktober. Gambar beliau dikeluarkan oleh HAMAS selepas beliau syahid.

Pembunuhan menggunakan roket helikopter membuktikan zionis begitu gerun dan takut pada sosok tubuh ini.

Ismail Haniyeh telah membuka sekolah di Gaza dengan menamakan Madrasah al-Syahid Adnan al-Ghoul bagi memperingati pahlawan yang hebat ini.

Penulis : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts