Afrika Selatan Turun Status Kedutaan di Tel Aviv

TEL AVIV, 21 Dis 2017 — Parti pemerintah Afrika Selatan, African National Congress (ANC), memutuskan untuk menurun taraf wakil mereka di Tel Aviv daripada kedutaan kepada pejabat hubungan (liaison office), iaitu taraf hubungan diplomatik paling rendah.

Keputusan tersebut dibuat dalam Persidangan Kebangsaan ANC kali ke-54 yang baru berakhir.

Menurut kenyataan yang disiarkan melalui saluran TV, keputusan tersebut berkuat-kuasa secara serta merta tanpa sebarang syarat. Ia menyebut, “Para perwakilan menerima cadangan bahawa kita (ANC) harus memberi dukungan kepada bangsa Paelstin yang ditindas dan memutuskan secara serta merta tanpa sebarang syarat untuk menurunkan taraf kedutaan Afrika Selatan di Israel kepada pejabat hubungan.”

(PIC, EI)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts