Ahed Tamimi, ibu dibebaskan dari penjara Zionis

RAMALLAH, 29 Julai 2018 — Rejim penjajah Zionis hari ini membebaskan remaja Ahed Tamimi, 17, bersama ibunya Nariman selepas dikurung dalam penjara selama lapan bulan.

Mereka dibawa keluar dari penjara Sharon dan dibebaskan di Rantis, iaitu sekatan terakhir menuju ke Tebing Barat pagi tadi.

Ahed ditangkap pada 19 Disember tahun lalu selepas rakaman video yang memaparkan beliau bersama sepupunya, Nour Tamimi, menampar seorang askar Zionis tersebar. Ketika kejadian, askar terbabit cuba menembak penduduk Palestin dari kawasan rumahnya di perkampungan Nabi Saleh.

Keluarga Tamimi dan pihak media berjaya berkejar dan menunggu di sekatan Rantis, walaupun mereka pada awalnya dijangka dibebaskan berdekatan sebuah sekatan di kota Tulkarem dan pihak Zionis menukar rancangan tersebut di saat akhir.

Gerombolan pendatang Yahudi muncul dengan membawa bendera Zionis dan melaungkan slogan perkauman di arah bertentangan dengan keluarga mereka yang sedang menunggu.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts