Ahli Parlimen Arab laung azan dalam parlimen Zionis

AL-QUDS, 14 Nov 2016 (PIC) — Ahli Parlimen Ahmad al-Tibi mengusul supaya diadakan undi tidak percaya ke atas pemerintahan Benjamin Netanyahu apabila pemimpin Zionis itu bersetuju dengan cadangan undang-undang untuk mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara.

Menurut beliau, cadangan undang-undang tersebut merupakan cubaan terkini pihak rejim untuk menekan perasaan dan menghina penduduk Islam, dengan menggunakan alasan yang remeh untuk menghalang gangguan bising.

“Beberapa tahu lalu saya berdiri di atas podium yang sama di sini, saya memberi amaran bagaimana anjing-anjing Israel dilatih supaya menerkam dan menyerang penduduk Arab yang melaungkan Allahu Akbar,” kata Ahmad. “Hari ini kita berhadapan dengan satu unit anjing yang lain, yang bersedia untuk menerkam siapa saja yang menyebut Allahu Akbar.”

Di akhir ucapan beliau, Ahmad yang merupakan ketua parti Joint Arab List menyatakan bantahan beliau dengan melaungkan azan. Beliau kemudiannya berkata, “Muazin akan terus melaungkan azan… Allah lebih besar daripada kamu semua.”

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts