Ahli Parlimen Basel Ghattas dihukum penjara 2 tahun dan denda

NAZARETH, 10 Apr 2017 (PIC) — Ahli Parlimen Zionis dari Arab Joint List, Basel Ghattas, semalam dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan denda sebanyak 120,000 shekel (RM145,000) atas tuduhan menyeludup telefon dan nota kepada tahanan Palestin dalam penjara.

Mahkamah Majistret di Beersheba menetapkan hukuman tersebut bermula pada 2 Julai. Beliau dikenakan tahanan dalam rumah sejak ditahan pada bulan Januari lalu. Basel meletak jawatan sebagai ahli parlimen bulan lalu.

Hukuman tersebut dilihat sebagai langkah rejim penjajah untuk mengurangkan ahli parlimen Zionis dari kalangan bangsa Arab. Berikutan hukuman tersebut, Basel tidak layak untuk menjadi ahli parlimen selama tujuh tahun selepas menamatkan hukumannya nanti.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts