Ahli Parlimen Hamas dikenakan tahanan pentadbiran 6 bulan

RAMALLAH, 10 Ogos 2016 (Maan) — Sebuah mahkamah Zionis semalam mengenakan tahanan pentadbiran selama enam bulan ke atas Ahli Parlimen Hassan Youssef atas tuduhan menghasut keganasan.

Hassan, 60, yang merupakan seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat telah ditangkap pada 20 Oktober 2015 di rumahnya di Ramallah. Dengan mengenakan tahanan pentadbiran ke atas beliau, rejim Zionis tidak akan membuat sebarang pendakwaan secara rasmi.

Yousef telah beberapa kali dihukum penjara sebelum ini. Kali terakhir, beliau ditahan pada bulan Jun 2014 dan dibebaskan setahun kemudian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts