Ahli Parlimen Hasan Yousef Dikenakan Tahanan Pentadbiran

RAMALLAH, 19 Dis 2017 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini mengenakan tahanan pentadbiran selama enam bulan ke atas Ahli Parlimen Hasan Yousef, seorang pemimpin kanan Hamas dan aktivis anti-penjajahan.

Tahanan pentadbiran membenarkan tentera Zionis mengurung penduduk Palestin tanpa sebarang pertuduhan mahupun perbicaraan, hanya dengan bersandar kepada “bukti-bukti rahsia.”

Pada awal pagi 13 Disember lalu, tentera Zionis menyerbu masuk bandar Beituniya di barat Ramallah dan menculik Hasan Yousef.

Beliau ditangkap hanya tiga bulan lalu selepas dibebaskan dari penjara, di mana beliau telah dikurung selama lebih 20 tahun.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts