Ahli Parlimen Khaleda Jarrar akhirnya dibebaskan

RAMALLAH, 3 Jun 2016 (Maan) — Rejim Zionis hari ini membebaskan Ahli Parlimen Khaleda Jarrar setelah dipenjara selama 14 bulan. Beliau dibebaskan di sekatan Jbara di utara daerah Tulkarem.

Pembebasan beliau dibuat sebulan sebelum tamat tempoh tahanan pentadbiran yang dikenakan ke atasnya, yang juga digelar sebagai “pembebasan pentadbiran” bagi menyelesaikan masalah kesesakan dalam penjara.

Khaleda diculik pada 2 April 2015 dan dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan. Namun atas desakan pihak antarabangsa, beliau akhirnya didakwa dengan 12 pertuduhan pada 15 April 2015, termasuk didakwa menjadi anggota pertubuhan haram dan menyertai perhimpunan solidariti tahanan Palestin. Pada 6 Disember, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan dan denda sebanyak 10,000 shekel.

Beliau merupakan seorang aktivis feminis dan hak asasi Palestin, di samping menjadi peguam kanan PLO.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts