Ahli Parlimen Palestin dihukum penjara 17 bulan & denda

AL-QUDS, 13 Dis 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 17 bulan, denda sebanyak 8,000 shekel (RM 9,140) serta tempoh probasi selama 30 bulan ke atas Ahli Parlimen Palestin Mohamed Abu Teir.

Hukuman tersebut dibuat selepas beliau merengkok dalam penjara selama 11 bulan atas tahanan pentadbiran, tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan.

Mohamed, 65, ditangkap pada 27 Januari lalu dan pernah merengkok dalam penjara Zionis selama 34 tahun. Rejim Zionis mengharamkan beliau memasuki kawasan al-Quds atas tuduhan terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Palestin mulai tahun ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts