Ahli Parlimen Zionis desak bina sinagog Yahudi di al-Aqsa

AL-QUDS, 25 Julai 2017 — Ahli Parlimen Zionis Bezalel Smotrich mendesak supaya sebuah bangunan sinagog Yahudi dibina di atas tapak Masjid al-Aqsa.

Ahli parlimen dari parti pelampau Jewish Home itu mendakwa bahawa tindakan terbaik rejim Zionis ke atas penduduk Palestin yang menolak langkah keselamatan di tapak suci umat Islam itu serta membalas serangan membunuh pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Halamish, adalah dengan membuat mereka mengalah dengan membina sebuah sinagog. (MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts